Cars

Video Khabib Kena Halau Dari Pesawat Frontier Airlines

BEKAS juara UFC, Khabib Nurmagomedov dihalau keluar dari penerbangan Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai kerusi di barisan pintu keluar kecemasan.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, bermula apabila seorang pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib untuk membantu penumpang lain sekiranya berlaku kecemasan.

Dalam rakaman yang luar, pramugari tersebut berkata dia tidak boleh membenarkan Khabib duduk di kerusi berkenaan dan menawarkan dua pilihan iaitu, menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Khabib, yang mendakwa dilayan secara kasar oleh kru kabin wanita itu menegaskan bahawa dia telah mematuhi semua prosedur yang diminta dan fasih berbahasa Inggeris, seperti yang disyaratkan semasa mendaftar masuk pesawat. Walaupun diberi pilihan untuk berpindah tempat duduk atau menaiki penerbangan seterusnya, Khabib menolak dan enggan berganjak.

Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan layanan yang diterima, serta menyatakan bahawa layanan kasar itu berkemungkinan disebabkan oleh faktor kaum atau kebangsaan.

Setelah dua minit perbincangan, wanita tersebut menghubungi pihak keselamatan dan Khabib diarah keluar dari pesawat bersama rombongannya. Khabib kemudian melaporkan dia terpaksa menunggu selama 1.5 jam sebelum menaiki penerbangan lain. Meskipun bergitu, beliau menegaskan bahawa dia tetap cuba untuk kekal tenang dan hormat kru kabin itu sepanjang insiden berkenaan.

Setakat ini, pihak Frontier Airlines belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut. Khabib juga menjelaskan dia sedang dalam perjalanan ke Los Angeles untuk menyokong rakan sepasukan dalam acara UFC 311.

Justeru, Khabib juga mengingatkan agar kru kabin lebih profesional dalam berurusan dengan pelanggan pada masa akan datang.

SUMBER: SinarHarian

The post Video Khabib Kena Halau Dari Pesawat Frontier Airlines appeared first on PanduLaju.com.my.

Shares: